PEMAIN JDT meraikan jaringan pertama   Arif Aiman. FOTO Asyraf Hamzah
PEMAIN JDT meraikan jaringan pertama Arif Aiman. FOTO Asyraf Hamzah
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mendahului perlawanan apabila berjaya menyumbat gol pertama untuk kedudukan 1-0 menentang Terengganu pada aksi Final Piala FA.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menyaksikan pemain lincah JDT Arif Aiman Hanapi meledak gol pertama menerusi rembatan pada minit ke-34 sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan mendahului perlawanan 1-0 ketika ini.

Pada aksi separuh masa pertama tadi, JDT hampir berada di depan pada minit ke-11 namun sepakan Arif Aiman terkena tiang.

Peluang terbaik Terengganu hadir pada minit ke-22 menerusi Techetche Kipre namun pengalaman penjaga gol JDT Farizal Marlias berjaya menidakkan serangan itu sekali gus menyelamatkan pintu gawang Harimau Selatan.

Dua kad kuning dilayangkan oleh pengadil masing-masing kepada pemain Terengganu dan JDT. Separuh masa pertama tamat menyaksikan Terengganu 0-1 JDT.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 9:53 PM