GELAGAT pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes ketika menentang Crystal Palace pada perlawanan persahabatan, Selasa lalu. FOTO AFP
GELAGAT pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes ketika menentang Crystal Palace pada perlawanan persahabatan, Selasa lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Bruno Fernandes berkata, Manchester United mesti menghormati keputusan Cristiano Ronaldo jika dia mahu meninggalkan kelab itu.

Fernandes mengakui ada menghubungi rakan senegaranya itu sejak dia menarik diri daripada jelajah pramusim atas alasan masalah keluarga.

Ronaldo mahu keluar dari United, tetapi masih tiada tawaran daripada kelab yang dia percaya boleh membawanya bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah, musim depan.

Fernandes berkata: "Saya tidak mahu terbabit dalam keadaan itu, jelas kita perlu hormat keputusan sesiapa sahaja.

"Saya tidak tahu apa yang dikatakan Cristiano kepada kelab, kepada pengurus, saya tidak tahu apa yang ada di kepalanya, tapi kita perlu hormat ruang yang dia ada.

"Saya hanya tanya Cristiano, bila dia akan kembali, adakah keluarganya OK.

"Dia beritahu saya apa yang terjadi, itu sahaja, tiada yang lain."

Ronaldo ialah penjaring terbanyak United musim lalu dengan 24 gol dan bos baharu, Erik ten Hag menegaskan dia mahu pemain itu kekal di kelab.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Julai 2022 @ 12:04 PM