FERNANDES yakin Ronaldo akan turun pada sesi latihan pramusim United Isnin ini. -FOTO Agensi
FERNANDES yakin Ronaldo akan turun pada sesi latihan pramusim United Isnin ini. -FOTO Agensi
Agensi

London: Bruno Fernandes cuba menamatkan spekulasi mengenai masa depan Cristiano Ronaldo dengan mendakwa pemain Portugal itu bersedia untuk kekal bersama Manchester United.

Bintang Manchester United berusia 27 itu mendedahkan dia yang kali terakhir bercakap dengan Ronaldo beberapa minggu lalu menjangkakan rakan pasukannya akan terus kekal di kelab itu.

Fernandes percaya CR7 akan hadir ke latihan pramusim Isnin depan dan menunjukkan betapa kelab itu tidak mahu kehilangan pemain yang begitu berharga.

Ronaldo sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan dari United selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara.

Namun Fernandes cuba mengenepikan khiarbar angin itu dengan memberi tahu akhbar Record: "Saya bercakap dengannya beberapa minggu lalu. Kami berdua sedang bercuti, tiada sapa yang mengganggu rakan-rakan bercuti.

"Saya berharap dapat bertemu dengannya pada 4 Julai dan berlatih di sana (Manchester United), saya tidak menjangkakan lebih daripada itu.

"Tiada apa yang lebih daripada itu tapi setiap masing-masing menjaga masa depan mereka. Saya tidak percaya bahawa kelab sanggup kehilangan pemain yang sangat bernilai seperti Cristiano."

United sudah memaklumkan kepada Ronaldo bahawa dia tidak akan dijual musim panas ini tapi itu tidak menghalang kelab menunjukkan minit terhadap penyerang itu.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes dilaporkan mengadakan perbincangan dengan kelab mengenai perpindahannya yang dikaitkan dengan Sporting Lisbon dan Chelsea.

Pengarah sukan Sporting Hugo Viana enggan menolak dakwaan perpindahan Ronaldo - menyatakan perpindahan mungkin boleh dilakukan jika ia adalah kehendak pemain bintang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 8:24 AM