Agensi

Bangkok: Erik Ten Hag menegaskan beliau masih mempunyai perancangan musim baharu bersama Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang juga legenda kelab itu mahu meninggalkan Old Trafford hanya setahun selepas dia kembali.

"Kami mempunyai perancangan dengan Cristiano Ronaldo untuk musim ini. Saya tidak sabar untuk bekerja dengannya.

"Saya sudah membaca segala-galanya tetapi apa yang boleh saya katakan ialah Cristiano bukan untuk dijual. Dia berada dalam perancangan kami dan kami mahu meraih kejayaan bersama," katanya.

Ronaldo tidak menyertai jelajah pramusim kelab kerana urusan keluarga.

CRISTIANO Ronaldo. FOTO EPA
CRISTIANO Ronaldo. FOTO EPA

Ten Hag mendedahkan bahawa dia sudah mengadakan perbincangan dengan Ronaldo pada penghujung musim lalu tetapi kelab jelas tidak dapat meyakinkan pemain itu untuk kekal.

"Saya bercakap dengannya sebelum isu ini timbul, saya berbual dengannya dan kami melalui sesi perbincangan dengan baik.

"Itu adalah antara Cristiano dan saya, apa yang saya boleh sahkan ialah kami mempunyai perbualan yang sangat baik," katanya.

Ejen Ronaldo memaklumkan kepada pengurusan kelab pada Januari lalu bahawa pemain itu tidak akan kekal jika United tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Julai 2022 @ 8:04 PM