NEYMAR (kiri) berjaya menyempurnakan penalti ketika Brazil berdepan Jepun dalam aksi persahabatan. FOTO EPA
NEYMAR (kiri) berjaya menyempurnakan penalti ketika Brazil berdepan Jepun dalam aksi persahabatan. FOTO EPA
Reuters

Tokyo: Sepakan penalti Neymar 13 minit sebelum masa tamat membantu Brazil mencatat kemenangan 1-0 ke atas Jepun di Stadium Nasional Tokyo.

Ia sekali gus membolehkan penyerang Paris St Germain (PSG) itu merapatkan jurang tiga gol dengan penjaring terbanyak sepanjang zaman, Pele.

Neymar tenang menyudahkan sepakan penalti menumpaskan Shuichi Gonda untuk golnya yang ke-74 dalam 119 penampilan antarabangsa selepas beberapa kali dikecewakan penjaga gol Jepun itu.

Kemenangan Brazil itu hadir selepas mereka menumpaskan Korea Selatan 5-1 tatkala Tite sedang mempersiapkan pasukannya untuk saingan Piala Dunia di Qatar November depan.

Wataru Endo menjatuhkan Richarlison dan pengadil, Alireza Faghani terus menghadiahkan sepakan penalti.

Neymar tidak berdepan masalah untuk memperdayakan Gonda yang merebahkan badan ke arah lain bagi meledak gol kesembilan dalam lima penampilan menentang Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Jun 2022 @ 9:39 PM