CAVANI akan meninggalkan United sebagai ejen bebas selepas kontraknya tamat. FOTO Reuters
CAVANI akan meninggalkan United sebagai ejen bebas selepas kontraknya tamat. FOTO Reuters
Agensi

London: Edinson Cavani mengakui dia mengharungi musim terakhir yang teruk di Manchester United selepas penonton yang kembali semula di Old Trafford meninggalkan dia dengan 'rasa pahit' ketika dia bersedia untuk pergi selepas dua tahun di kelab itu.

Cavani akan meninggalkan kelab itu sebagai ejen bebas selepas kontranya tamat, menjaringkan 12 gol dalam 41 penampilan Liga Perdana sejak menyertai United pada Oktober 2020 dari Paris Saint-Germain.

Pemain antarabangsa Uruguay itu pada mulanya mengagumkan United, menjaringkan 10 gol dalam kempen Liga Perdana pada tahun pertamanya sewaktu Red Devils di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer yang menamatkan kempen saingan sebagai naib juara musim 2020-21.

Dia bermain hampir keseluruhan perlawanan yang berlangsung secara tertutup kerana impak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, pemain berusia 35 tahun itu kemudiannya bergelut untuk mendapatkan tempat beraksi di bawah kendalian kedua-dua pengurus Solskjaer dan Ralf Rangnick semasa kempen terakhirnya bersama United dan hanya membuat tujuh penampilan Liga Perdana dan menjaringkan dua gol dalam saingan itu.

Cavani berdepan dengan beberapa siri kecederaan yang mengecewakan dan hanya digunakan sebagai pengganti Cristiano Ronaldo musim ini memberitahu laman web rasmi kelab bahawa dia menyesal tidak menyumbangkan lebih banyak pada musim terakhirnya bersama kelab, kempen penuh pertamanya di hadapan penyokong selepas pandemik.

"Saya mahu menyumbang lebih banyak musim ini," katanya.

"Salah satu perkara yang membuatkan rasa rasa sedikit terkilan adalah apabila kami menempuh musim yang sangat menyeronokkan dan cukup baik (pada 2020-21) ia tidak dapat dikongsi bersama penyokong kami.

"Dan sekarang ini apabila peminat kembali ke padang dan stadium, saya tidak dapat menempuh kempen yang baik seperti dulu.

"Saya mungkin dapat menjaringkan gol seperti yang saya lakukan musim lalu dan kemudiannya meraikannya lebih banyak lagi bersama peminat. Ia adalah perkara yang bagus dilakukan oleh pemain barisan hadapan atau penyerang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2022 @ 9:27 AM