Edinson Cavani. FOTO Agensi
Edinson Cavani. FOTO Agensi
Agensi

London: Edinson Cavani dijangka menjadi pemain yang mampu menyelesaikan masalah peledak gol Barcelona ketika penyerang Uruguay dikatakan bakal menerima tawaran daripada kelab Catalan itu menjelang jendela perpindahan Januari.

Sergio Aguero yang mengumumkan persaraan baru-baru ini memberi ruang buat kelab itu mengikat pemain baharu dan dengan minit permainan sukar di Old Trafford, Cavani dilaporkan mahu meninggalkan kelab Inggeris itu pada Januari.

Cavani dijangka menandatangani kontrak bersama gergasi La Liga itu pada Januari menerusi kontrak jangka pendek hingga Jun depan.

Penampilan bekas penjaring utama PSG itu cukup disenangi peminat Red Devils.

Kali terakhir diturunkan berdepan Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara pada 2 November lalu, manakala jaringan terakhirnya hadir pada 30 Oktober ketika mencatat kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.

Cavani dilaporkan turut mendapat tawaran daripada Boca Juniors namun dia menolak tawaran berkenaan untuk bersama kelab Inggeris itu.

Sebaliknya United dijangka mampu meneruskan perjuangan dengan kekurangan seorang pemain di barisan serangan, terutama dengan Mason Greenwood, Marcus Rashford dan Cristiano Ronaldo mewakili skuad itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 10:52 PM