NEYMAR kecewa diejek penyokong PSG. FOTO Reuters
NEYMAR kecewa diejek penyokong PSG. FOTO Reuters
Agensi

Paris: Neymar dilaporkan sedia meninggalkan PSG selepas kecewa diejek penyokong sendiri.

Neymar dan Lionel Messi dicerca ketika aksi Ligue 1 menentang Bordeaux kelmarin selepas mereka gagal membantu kemaraan kelab dalam kempen Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Real Madrid.

Ia musim kelima Neymar gagal membawa kejayaan PSG di peringkat Eropah selepas mencipta rekod perpindahan dari Barcelona.

Pengendali PSG, Mauricio Pochettino mengakui kedua-duanya terjejas dengan ejekan itu dan salah seorang daripadanya tampak sedia meninggalkan kelab.

Media Sepanyol Marca melaporkan ejekan dan cacian sukar diterima Neymar dan dia kini menimbangkan untuk meninggalkan kelab pada Jun depan.

Laporan juga menyebut Sergio Ramos juga mungkin angkat kaki selepas hanya tampil lima perlawanan sejak meninggalkan Real Madrid.

Messi dan Neymar diejek penyokong walaupun PSG menewaskan Bordeaux malah Pochettino tidak gembira dengan kemenangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 9:55 AM