Petit (kiri) kata Neymar pentingkan diri sendiri. FOTO AFP
Petit (kiri) kata Neymar pentingkan diri sendiri. FOTO AFP
Agensi

BEKAS pemain tengah Barcelona Emmanuel Petit mengkritik superstar Brazil, Neymar dengan menuduhnya tidak menghormati Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar cuba untuk meninggalkan PSG pada musim panas lalu dan dikatakan mahu kembali semula ke Barcelona atau menyertai musuh ketat tradisi Barca, Real Madrid.

Petit, pemenang Piala Dunia 1998 bersama Perancis mengatakan Neymar tidak sebagus pemain handalan pernah bergandingan bersamanya sebelum ini.

Malah, bekas bintang Arsenal dan Chelsea itu turut mengkritik sikap pemain Brazil itu.

“Sewaktu saya bermain bersama Zidane atau Djorkaeff, saya tahu mereka mampu menentukan perlawanan dengan cara mereka sendiri, jadi kami dapat menerima kekurangan bertahan dimiliki mereka,' kata Petit.

“Kami dapat menerimanya dan melakukan apa patut dilakukan kerana kami tahu mampu menang dengan sedikit sentuhan keajaiban mereka.

“Bagaimanapun, ia bukan kes seperti Neymar. Dia bermain untuk dirinya sendiri dan hanya untuk dirinya.

“Cuba letakkan diri anda bersama pemain lain dalam bilik persalinan PSG, yang duduk berbulan-bulan bersama pemain banyak karenah dengan kelab ini dan penyokong mereka. Dia tidak mempunyai rasa hormat.”

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 2:31 PM