KANE sasaran utama Man City. FOTO AFP
KANE sasaran utama Man City. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester City sanggup menunggu lebih lama dalam usaha mendapatkan kapten England, Harry Kane.

Juara Liga Perdana Inggeris itu juga berusaha untuk mendapatkan harga bidaan lebih murah berbanding £160 juta (RM929.7 juta) yang ditetapkan oleh Pengerusi Tottenham, Daniel Levy.

Baik Spurs atau Kane, kedua-duanya akan menunggu sama ada Manchester United turut mahu bersaing mendapatkan penyerang sensasi itu.

City tidak berminat untuk memenuhi nilai bidaan yang ditetapkan itu dalam usaha memenuhi pemain sasaran utama Pep Guardiola.

Mereka berharap Kane membara mahu berhijrah dan Spurs memerlukan wang tunai sekali gus membolehkan penghijrahan itu menjadi kenyataan.

Masih terdapat baki enam minggu lagi tempoh jendela perpindahan pemain dan City lebih gembira mengambil sikap tunggu dan lihat.

Guardiola serta pengurusan City juga sudah menyenaraikan sasaran barisan penyerang lain sebagai pengganti kepada Sergio Aguero.

Bagaimanapun, segalanya kini tertumpu kepada Kane yang akan berusia 28 tahun minggu ini dan City sedia mengambil sikap bersabar.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Julai 2021 @ 12:05 PM