Penyerang Wolves, Raul Jimenez (dua kiri) meledak gol pembukaan berdepan Tottenham. FOTO Reuters
Penyerang Wolves, Raul Jimenez (dua kiri) meledak gol pembukaan berdepan Tottenham. FOTO Reuters
AFP

London: Tottenham tewas buat kali kedua di laman sendiri ketika Wolves mengikut jejak kemenangan di lakar Southampton, awal pagi ini.

Skuad kendalian Antonio Conte gagal menyengat pada aksi perlawanan sehingga tercicir di kedudukan kelapan, lima mata memisahkan kelompok Liga Juara-Juara.

"Kami mencipta peluang tetapi pada penghujung perlawanan kita bercakap mengenai satu lagi kekalahan. Kami harus bekerja dan mengetahui ia tidak mudah buat kami. Agak sukar untuk menjelaskan cara kami memulakannya," kata Conte.

Raul Jimenez memberikan permulaan cemerlang buat Wolves pada minit keenam. Sepakan voli pemain Mexico itu berjaya menewaskan menjaga gawang Tottenham, Hugo Lloris yang terdahulu berjaya menafikan cubaan Leander Dendoncker.

Pada minit ke-18, Lloris sekali lagi terbabit dalam hantaran yang kurang kemas kepada Ben Davies yang memberi ruang kepada Wolves menambah jaringan.

Rembatan Daniel Podence terkena Davinson Sanchez dan Dendoncker memanfaatkan peluang melakukan rembatan pada jarak dekat.

Wolves melonjak di tempat ketujuh satu mata di atas Tottenham dan memenangi empat daripada perlawanan penting di tempat lawan dalam saingan liga utama buat pertama kali sejak 1980.

Sementara itu, pemain pertahanan sensasi West Ham, Kurt Zouma menarik diri sebelum perlawanan ketika pasukannya seri 2-2 menentang Leicester.

Skuad kendalian David Moyes berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan kontroversi di Stadium King Power.

Zouma didenda pemotongan dua minggu gaji oleh West Ham selepas klip video menyaksikan pemain pertahanan Perancis itu menendang dan menampar kucing.

Disebalik kritikan terhadap tindakannya itu, bos Hammers, David Moyes telah menyenaraikan Zouma bagi perlawanan kedua berturut-turut sejak insiden itu sehingga pemain berusia 27 tahun itu menarik diri kerana mendakwa tidak sihat ketika latihan pemanas badan.

West Ham yang berada di kedudukan ke empat mendahului menerusi penyudah menarik Jarrod Bowen pada 10 minit permainan.

Youri Tielemans menyamakan kedudukan menerusi penalti sebelum rehat separuh masa selepas bola terkena tangan Aaron Cresswell.

Tandukan Ricardo Pereira membolehkan Leicester mendahului pada minit ke-57 namun Dawson menyambut bola umpanan Bowen menggunakan bahagian atas lengan untuk jaringan yang terselamat daripada tayangan semula VAR.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Februari 2022 @ 8:09 AM