DELE Alli. FOTO EPA
DELE Alli. FOTO EPA
Reuters

London: Pemain tengah, Dele Alli berpeluang untuk memulihkan semula kariernya di Everton selepas menyertai kelab Merseyside itu pada hari terakhir jendela perpindahan pemain dari Tottenham Hotspur.

Menerusi satu kenyataan, Everton berkata mereka menandatangani pemain itu dengan kontrak selama dua tahun setengah.

"Saya gembira dapat bersama Everton, sebuah kelab besar yang mempunyai ramai penyokong serta sejarah hebat," kata pemain berusia 25 tahun itu.

"Saya tidak sabar untuk beraksi perlawanan pertama dengan jersi Everton."

Alli tidak lagi menjadi pilihan utama di Tottenham, kelab yang disertainya pada 2015 dari MK Dons apabila bergelut dengan prestasi sejak beberapa musim lalu.

TIdak dinyatakan yuran perpindahannya tetapi media British melaporkan Alli tiba menerusi perpindahan secara percuma dengan Everton perlu membayar 10 juta pound apabila dia sudah beraksi 20 perlawanan.

Ketibaan Alli melengkapkan hari yang sibuk untuk Everton yang sebelum ini melantik Frank Lampard selaku pengurus dan mendapatkan pemain tengah Belanda,Donny van de Beek secara pinjaman dari Manchester United sehingga hujung musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Februari 2022 @ 11:18 AM