Matt Doherty (kanan) dan Dele Alli menjalani latihan di Tottenham Hotspur. FOTO Getty Images
Matt Doherty (kanan) dan Dele Alli menjalani latihan di Tottenham Hotspur. FOTO Getty Images
Agensi

London: Dua bintang Tottenham Hotspur, Dele Alli dan Matt Doherty dilaporkan bebas meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan Januari.

Alli mencuri perhatian ketika skuad Lilywhites terikat 2-2 berdepan Liverpool pada Isnin lalu, namun pemain sayap itu dikatakan masih bergelut memburu tempat bagi musim 2022.

Sementara itu, Doherty belum beraksi sebagai kesebelasan utama pada perlawanan Liga Perdana musim ini dan hanya beraksi 54 minit keseluruhan dalam saingan liga bola sepak utama susulan kehadiran Emerson Royal.

Laporan Evening Standard mendakwa kedua-dua pemain itu diberi lampu hijau untuk beraksi di kelab lain pada Januari, dengan Alli bakal melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari kelab itu.

Tambah laporan itu Joe Rodon dan Steven Bergwijn turut berada dalam senarai pemain yang bakal diketepikan dengan pengendali Spurs, Antonio Conte berhasrat memperkuatkan sayap kanan skuadnya.

Ketika Doherty hanya melakukan tiga penampilan sebagai pemain pengganti dalam saingan Liga Perdana musim ini, Alli berada dalam kesebelasan utama pada tujuh aksi liga utama dengan enam daripadanya di bawah kendalian jurulatih, Nuno Espirito Santo.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Disember 2021 @ 10:48 AM