LEWANDOWSKI mengumpul 31 gol setakat ini dalam saingan Bundesliga. FOTO EPA
LEWANDOWSKI mengumpul 31 gol setakat ini dalam saingan Bundesliga. FOTO EPA
AFP

Berlin: Robert Lewandowski meledak hatrik untuk membolehkannya mengumpul 31 gol Bundesliga musim ini dan membantu Bayern Munich bangkit mencatat kemenangan 4-2 mengatasi Borussia Dortmund dalam aksi 'Klassiker'.

Dortmund mendahului 2-0 dengan Erling Braut Haaland meledak dua gol pada sembilan minit pertama di Arena Allianz.

Bagaimanapun, Lewandowski menjaringkan dua gol, yang kedua melalui sepakan penalti untuk membolehkan Bayern mengikat kedudukan sebelum rehat.

Leon Goretzka meletakkan Bayern di depan buat pertama kali ketika aksi berbaki dua minit sebelum Lewandowski melengkapkan hatrik pada minit ke-90.

"Kualiti yang kami ada dapat dilihat di situ, inilah DNA kami," kata Thomas Mueller mengenai kebangkitan mereka.

Kemenangan itu menyaksikan Bayern memiliki kelebihan dua mata ke atas RB Leipzig di puncak liga.

"Kami sendiri terkejut selepas ketinggalan 0-2 dan berhak untuk menang kerana kami mendominasi perlawanan pada 60 minit akhir," kata jurulatih Bayern, Hansi Flick.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 11:03 AM