KES positif Covid-19 dalam kalangan pemain dan staf EPL meningkat mendadak. FOTO Agensi
KES positif Covid-19 dalam kalangan pemain dan staf EPL meningkat mendadak. FOTO Agensi
AFP

London: Liga Perdana Inggeris (EPL) melaporkan sebanyak 42 kes baru Covid-19 dilaporkan, jumlah paling terbesar sejak peraturan saringan diperkenalkan pada Mei 2020.

Hanya 12 kes dilaporkan minggu lalu namun penyebaran wabak itu mula menghantui beberapa kelab utama EPL termasuk Manchester United, yang menyaksikan aksi menentang Brentford ditangguhkan.

"Di antara Isnin 6 Disember hingga Ahad 12 Disember, seramai 3,805 pemain dan staf kelab menjalani ujian Covid-19. Hasil daripada itu seramai 42 kes baru positif," kata EPL dalam satu kenyataan.

Semua kelab diarah untuk melaksanakan semula langkah kecemasan termasuk memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menghadkan masa rawatan.

EPL juga mengumumkan bahawa ia akan 'meningkatkan kekerapan kedua-dua aliran sisi dan ujian PCR Covid-19 terhadap pemain dan kakitangan' yang semakin meningkat secara di tengah-tengah penyebaran varian Omicron.

"Keselamatan semua orang adalah keutamaan dan EPL mengambil semua langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini di seluruh negara," kata EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Disember 2021 @ 8:57 AM