Pemain Bayern, Robert Lewandowski (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Juara-Juara pagi ini. FOTO EPA
Pemain Bayern, Robert Lewandowski (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi Liga Juara-Juara pagi ini. FOTO EPA
AFP

Kiev: Robert Lewandowski meledak jaringan menerusi sepakan gunting menarik dalam aksi bersalji ketika Bayern Munich mencatat kemenangan 2-1 ke atas Dynamo Kiev pada saingan Liga Juara-Juara pagi ini, sekalipun lima pemain mereka menjalani kuarantin.

Lewandowski meletakkan Bayern di depan menerusi sepakan gunting menarik untuk jaringan dalam sembilan penampilan berturut-turut di Liga Juara-Juara.

Dengan Bayern sudahpun melangkah ke kelompok 16 terakhir sebagai juara Kumpulan E, Kingsley Coman menambah jaringan untuk pelawat mendahului sebelum Denys Garmash meledak gol pertama tuan rumah dalam kejohanan berkenaan musim ini.

"Tugas selesai, adalah impian kami untuk menang di sini," kata kapten Bayern, Manuel Neuer kepada DAZN.

"Kami gembira kerana dapat menang semua perlawanan kami serta memperoleh 15 mata dan kami akan melakukan persediaan untuk perlawanan seterusnya menentang Barcelona (dalam tempoh dua minggu lagi di Munich)."

Bayern kehilangan khidmat Joshua Kimmich, Serge Gnabry, Jamal Musiala, Eric Maxim Choupo-Moting dan Michael Cuisance yang menjalani kuarantin kerana kontak rapat kes Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 9:07 AM