JOSHUA Kimmich. -FOTO Agensi
JOSHUA Kimmich. -FOTO Agensi
AFP

Berlin: Bayern Munich mengesahkan pemain tengah Joshua Kimmich dan penyerang pelapis Eric Choupo-Moting yang mana kedua-duanya tidak di vaksin diuji positif Covid-19.

"Joshua Kimmich di kuarantin di rumah selepas diuji positif. Pemain tengah FC Bayern itu dalam keadaan baik," kata kenyataan kelab.

Pemain antarabangsa Jerman, Kimmich dan Cameroon, Choupo-Moting selain Jamal Musiala dan Serge Gnabry turut dikuarantin kerana kontak rapat.

Bayern kembali ke Munich selepas melakar kemenangan 2-1 di Dynamo Kiev dalam aksi Liga Juara-Juara memaklumkan Choupo-Moting kini dalam keadaan baik."

Kimmich, 26, mencetuskan perdebatan di Jerman bulan lalu mengakui dia setakat ini memilih untuk tidak di vaksin atas 'sebab peribadi'.

Berita itu mencetuskan kemarahan segelintir peminat Bayern kerana penonton yang ingin menyaksikan perlawanan bola sepak di Jerman mesti membuktikan mereka di vaksin sepenuhnya atau pulih dari Covid manakala pemain pula sekadar menunjukkan keputusan ujian mereka negatif.

Sementara itu majalah Bild dan Kicker mendakwa Gnabry dan Musiala kini membenarkan diri mereka di vaksin.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 11:51 AM