IGHALO (kanan) memainkan peranan penting ketika United mengalahkan Norwich 2-1 awal pagi tadi. FOTO AFP
IGHALO (kanan) memainkan peranan penting ketika United mengalahkan Norwich 2-1 awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

OLE Gunnar Solskjaer percaya kekuatan Manchester United yang sangat mendalam adalah penting bagi meraih kejuaraan Piala FA selepas mereka mara ke separuh akhir menumpaskan Norwich City yang beraksi dengan 10 pemain 2-1.

Pasukan bimbingan Solskjaer terpaksa bekerja keras untuk memburu kedudukan empat terakhir sebelum Harry Maguire muncul wira pada masa tambahan di Carrow Road.

Gol pembukaan Odio Ighalo diganggu dengan jaringan penyamaan Todd Cantwell namun pertahanan Canaries diperintah keluar padang pada minit ke-89 kerana menjatuhkan Ighalo.

United secara perlahan-lahan mula mendominasi ke atas Norwich dan pertahanan antarabangsa England, Maguire menjaringkan gol kemenangan untuk meneruskan rekod tanpa kalah kali ke-14 berturut-turut dalam semua kejohanan.

United, yang memenangi trofi kali terakhir dan ke-12 pada 2014, kekal berada di landasan terbaik untuk mara ke final buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

"Saya sangat berbesar hati untuk Manchester berada dalam kelompok empat terakhir. Ramai di antra pemain hari ini tidak beraksi pada perlawanan terakhir dan sekarang berpeluang berada di atas padang hingga 90 atau 120 minit.

"Kami melakukan banyak pertukaran jadi saya tidak menjadikannya mudah buat pemain. Perlawanan ini tidak sehebat untuk dipertontonkan tapi saya rasa kami mengawal aksi dengan baik.

"Ia sangat menyenangkan mempunyai pilihan pemain yang boleh bergilir. Anthony Martial masuk dan melakukan dengan sangat luar biasa namun Odion Ighalo memberi peluang buat saya menggilirkan pemain.

"Dia adalah penjaring gol yang boleh diharapkan dan memainkan peranannya ketika kedua-dua jaringan," kata Solskjaer.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 8:26 AM