Pemain Manchester United, Marcus Rashford terlepas peluang jaring gol penalti. FOTO Reuters
Pemain Manchester United, Marcus Rashford terlepas peluang jaring gol penalti. FOTO Reuters
AFP

OLE Gunnar Solskjaer menarik nafas lega selepas Manchester United mengakhiri penantian selama lapan bulan untuk kemenangan di tempat lawan saingan Liga Perdana Inggeris ketika pasukan itu menewaskan Norwich City, 3-1 awal pagi ini.

Gol jaringan Scott McTominay, Marcus Rashford dan Anthony Martial memastikan persembahan terbaik United dalam perlawanan menghiburkan di Carrow Road.

Selepas terpaksa seri di Old Trafford minggu lalu untuk menamatkan rekod kemenangan 100 peratus Liverpool, selain aksi serba tidak menjadi pasukan itu dalam liga.

Tanpa bintang mereka, Paul Pogba, United mempamerkan kebangkitan ketika mencatat kemenangan tipis ke atas Partizan Belgrade dalam saingan Piala Europa pada awal pagi Jumaat untuk berada di kedudukan teratas kumpulan L.

Dengan aksi Norwich yang kurang menyengat, United akan berkunjung ke Chelsea dan diikuti Bournemouth pada minggu berikutnya.

Ia mungkin aksi paling buruk buat penjaga gol Canaries, Tim Krul yang mungkin tidak dapat menyelamat penalti daripada Rashford dan Martial selepas dua keputusan VAR kontroversi oleh pengadil perlawanan Stuart Attwell.

Pengurus Reds, Solskjaer tidak menunggu lama untuk menyaksikan drama pemainnya menguasai permainan berdepan Norwich yang sebelum ini pernah mengejutkan lawan hebat seperti Manchester City musim ini.

Solskjaer mengakui : “Ia agak terlalu lama tetapi lebih bagus ia dapat dilaksanakan. Tapi sudah tentu persembahan pemain adalah faktor utama.”

Pengendali dari Norway itu berkata : “Kami juga datang ke gelanggang sukar, tetapi apabila kami memberi tumpuan dan berjaya meledak gol ketika melakukannya hari ini kemudian kami fikir akan mampu menewaskan sesiapa sahaja jauh dari gelanggang sendiri.”

Walaupun United terlepas dua peluang menghasilkan gol menerusi penalti pada perlawanan itu namun Solskjaer tetap gembira dengan aksi Martial yang kembali beraksi selepas dua bulan berehat gara-gara kecederaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 10:37 AM