PAUL Pogba.
PAUL Pogba.
Agensi

London: Paul Pogba bersedia kekal di Manchester United dan menandatangani kontrak baharu bersama Red Devils.

Kontrak pemain tengah berusia 28 tahun itu tamat pada musim panas depan dan masih belum mendapat keputusan muktamad daripada pengurusan Old Trafford mengenai masa depannya.

Sumber yang rapat dengan pemain itu memberitahu L'Equipe, Pogba hanya bersetuju dengan terma baharu jika dia menjadi pemain bergaji paling tinggi di Liga Perdana.

Ini memerlukan Reds Devils memberikan Pogba kontrak gaji melebihi £500,000 (RM2.79 juta) seminggu yang kini dinikmati bintang veteran Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, hajat besar bekas bintang Juventus itu terjejas selepas berdepan masalah kecederaan. Pogba terhincut-hincut ketika sesi latihan Perancis kelmarin dan laporan mendakwa dia mungkin tersisih sehingga 10 minggu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 November 2021 @ 6:14 PM