Agensi

London: Manchester United dilaporkan tidak berhasrat memecat Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus musim ini dan kekal gembira dengan hala tuju kelab.

Red Devils ketinggalan dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana, Chelsea dan tersingkir daripada Piala Liga selain hanya meraih tiga mata dalam dua aksi pembukaan Liga Juara-Juara.

Selepas seri 1-1 dengan Everton pada aksi terakhir yang menyaksikan Cristiano Ronaldo tidak tersenarai dalam kesebelasan, Solskjaer kini semakin tertekan di Old Trafford.

Bagaimanapun, pengendali dari Norway itu masih berpeluang meraih kejuaraan utama selepas media melaporkan hierarki Old Trafford gembira dengan hala tuju kelab di bawah kendalian Solskjaer.

Mereka melihatnya sebagai ketua projek jangka panjang dan memberi sokongan penuh dalam misi meraih gelaran Liga Perdana dengan membawa masuk Jadon Sancho, Raphael Varane dan Ronaldo pada musim panas.

Solskjaer berkata selepas tamat perlawanan dengan Everton: "Tahap pemikiran bagus, pemain sentiasa berusaha menjadi lebih baik. Setiap perlawanan adalah perlawanan besar di Man United, jadi ia bulan yang besar bagi kami."

"Banyakperubahan berlaku di kelab ini sejak bulan lalu, jadi kami perlu fokus. Pastikan kami gunakan rehat antarabangsa ini sebaiknya.''

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Oktober 2021 @ 8:50 AM