OLE Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
OLE Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester United menyokong penuh Ole Gunnar Solskjaer dan tidak akan memecatnya.

Pengurus Red Devils itu melalui beberapa minggu yang sukar selepas mengalami kekalahan sekali lagi kepada Leicester semalam.

Skuad bimbingannya juga seri ketika bertemu Everton dan tewas di tangan Aston Villa sebelum ini.

Mereka bergelut di tempat sendiri ketika bertemu Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara sebelum memenangi perlawanan itu menerusi gol kemenangan lewat permainan.

Namun di sebalik kekecewaan di kalangan penyokong yang mendesaknya untuk dipecat, United tetap berdiri teguh di belakang Solskjaer.

SunSport difahamkan pengurusan Old Trafford gembira dengan hala tuju sepanjang di bawah bimbingan Solskjaer.

United melihatnya sebagai projek jangka masa panjang dan sentiasa memberi sokongan penuh dalam usaha mereka untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana.

Awal bulan ini, bekas pengurus, Alex Ferguson secara terbuka mengkritik barisan pemain yang dipilih Solskjaer selepas tidak meletakkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama ketika bertemu Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Oktober 2021 @ 9:32 PM