PENJAGA gol Everton, Jordan Pickford (tengah) bersama pemain pertahanan, James Tarkowski (kiri) dan Jarrad Branthwaite kecewa selepas tewas 0-6 di tangan Chelsea pada aksi EPL, awal pagi tadi. FOTO REUTERS
PENJAGA gol Everton, Jordan Pickford (tengah) bersama pemain pertahanan, James Tarkowski (kiri) dan Jarrad Branthwaite kecewa selepas tewas 0-6 di tangan Chelsea pada aksi EPL, awal pagi tadi. FOTO REUTERS
Reuters

London: Everton membuat rayuan berhubung pemotongan dua mata berkaitan pelanggaran Peraturan Ketahanan dan Keuntungan Liga Perdana (PSR), umum kelab itu, semalam.

Liga Perdana berkata, rayuan itu akan didengar segera dan keputusan dibuat sebelum musim ini berakhir.

Januari lalu, Everton didakwa melanggar PSR Liga Perdana dalam laporan kewangan bermula musim 2019-20 dan berakhir musim 2022-23.

Ia menyebabkan mereka dipotong dua mata pada 8 April lalu iaitu pemotongan mata kali kedua musim ini, menyebabkan mereka kini menduduki tangga ke-16 carta Liga Perdana Inggeris (EPL).

Everton dipotong 10 mata pada November lalu selepas melanggar peraturan PSR bagi musim 2021-22 sebelum dikurangkan kepada pemotongan enam mata selepas rayuan.

"Everton membuat rayuan secara rasmi berhubung pemotongan dua mata yang dikenakan Suruhanjaya Liga Perdana sebelum ini," umum kelab itu dalam satu kenyataan.

Liga Perdana berkata: "Hasil rayuan itu akan diselesaikan sebelum Ahad 19 Mei 2024 iaitu hari terakhir musim ini."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 8:59 AM