VERRATTI (tengah) sedar tidak mudah bertemu England. FOTO EPA
VERRATTI (tengah) sedar tidak mudah bertemu England. FOTO EPA
Agensi

London: Bintang Itali, Marco Verratti 'tidak sabar' untuk memulakan final Euro 2020 dan memilih Raheem Sterling sebagai ancaman utama menjelang pertemuan pagi Isnin ini.

Harry Kane meledakkan gol kemenangan pada minit ke-14 waktu tambahan, menjaringkan bola lantunan hasil sepakan penaltinya yang diselamatkan Kasper Schmeichel untuk memastikan kemenangan berpihak kepada England 2-1 di hadapan penonton tuan rumah.

Ia adalah kejayaan terbesar buat Three Lions yang akhirnya berjaya mara buat kali pertama ke final kejohanan utama sejak 1966.

Manakala Itali meneruskan rekod kemenangan tanpa kalah kepada 33 sejak September 2018.

Pemain tengah Itali itu, Verratti bagaimanapun sedar dia bersama barisan pemain Roberto Mancini yang lain tahu cabaran hebat yang menanti mereka hujung minggu ini.

"Kami akan berdepan dengan pasukan yang sangat sukar dan mereka pula bermain di tempat sendiri dan mengenali setiap inci stadium ini.

"Memang menjadi impian kami untuk menjulang Kejuaraan Eropah ini dan penyokong akan menjadi sangat penting.

"Tapi kami semua profesional dan tahu bagaimana bermain di stadium yang penuh dengan peminat. Ini juga akan mendorong semangat kami."

Verratti yakin pengalaman adalah satu yang tidak ternilai dari Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci akan menjadi kunci kekuatan kepada pelawat Isnin ini.

"Giorgio dan Leonardo adalah dua pemain yang banyak membantu kami," he added.

"Mereka memiliki pengalaman yang hebat, mereka kuat seiring dengan kematangan usia dan kami sangat bertuah memiliki mereka di pihak kami.

"Mereka membuatkan kami berasa selamat, mereka memberikan kami lebih keyakinan yang mana ia adalah penting buat kali secara mentalnya.

"Kami tahu mereka akan ada di sana, dua pemain pertahanan terbaik akan bersama pasukan ini. Jadi sekali lagi kami gembira dan bertuah kerana mereka adalah pemain kami."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Julai 2021 @ 8:02 AM