BONUCCI rai kemenangan bersama penyokong Itali. FOTO EPA
BONUCCI rai kemenangan bersama penyokong Itali. FOTO EPA
Agensi

London: Pertahanan Itali Leonardo Bonucci nyaris tidak dapat masuk semula ke padang selepas dihalang oleh petugas keselamatan selepas dia meraikan kemenangan bersama penyokong.

Itali menewaskan Sepanyol 4-2 menerusi penentuan penalti untuk mara ke final Euro 2020 di Wembley Isnin ini.

Bonucci berlari ke arah penyokong Itali untuk meraikan kejayaan bersama tetapi dia dihalang oleh petugas keselamatan selepas mahu kembali ke padang.

Petugas wanita itu yang mungkin tersalah sangka Bonucci salah seorang penyokong Itali menghalang pemain berusia 34 tahun itu yang kemudiannya menunjukkan isyarat mahu pergi kepada rakan sepasukannya.

Insiden memalukan itu pantas menarik perhatian penyokong yang memperkatakannya di media sosial.

Seorang penyokong di Twitter berkata: 'Petugas Wembley yang klasik' manakala seorang lagi berkata 'Saya puji petugas mujur ia bukan Giorgio Chiellini.'

Ramai juga penyokong yang berkongsi insiden itu di media sosial dan menyifatkannya salah satu detik paling pelik di Euro 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 8:53 AM