Wilmots (baju hitam) bersama skuadnya pada latihan di Genk untuk menghadapi Euro 2016. FOTO AFP
Wilmots (baju hitam) bersama skuadnya pada latihan di Genk untuk menghadapi Euro 2016. FOTO AFP
AFP

Paris: Skuad Belgium kendalian Marc Wilmots meletak sasaran menyingkirkan pasukan pilihan pada Euro 2016 menerusi kehadiran bintang seperti Eden Hazard dan Kevin de Bruyne yang memiliki kemampuan.

Belgium layak ke Euro 2016 untuk kali pertama sejak menjadi tuan rumah bersama kejohanan itu pada 2000.

Mereka berada dalam kumpulan sukar Kumpulan E bersama Itali, Sweden dan Republik Ireland tetapi Wilmots lebih berminat mencapai kejayaan.

"Tiada sebarang keraguan kami memiliki cita cita besar. Sasaran utama menjejak kaki ke final," kata Wilmots kepada FIFA.com.

Skuad Belgium kini memiliki pasukan generasi emas menghasilkan pemain berkualiti seperti Hazard, De Bruyne, Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois.

Skuad dikenali Red Devils itu melonjak ke ranking kedua dunia FIFA berada di belakang Argentina.

"Pilihan? Tidak," kata Wilmots memberi amaran.

"Perancis beraksi di tempat sendiri, Sepanyol, Jerman dan mungkin kami di belakang mereka".

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 5:14 PM