RAHEEM Sterling (kanan) beraksi ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
RAHEEM Sterling (kanan) beraksi ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
AFP

RANCANGAN England untuk meraikan aksi antarabangsa ke-1,000 untuk layak ke Euro 2020 dengan tenang ke atas Montenegro di Wembley awal pagi Jumaat, tergugat dengan keputusan Gareth Southgate menggugurkan Raheem Sterling.

Pemain sayap Manchester City itu terbabit dalam pergaduhan dengan pertahanan Liverpool Joe Gomez di kem latihan England semalam apabila gagal mengawal perasaan selepas perlawanan Liga Perdana Inggeris membabitkan kedua-dua kelab awal pagi Isnin.

Sterling menjadi bintang isu luar padang pada kempen kelayakan di mana Three Lions menutupnya dengan kejayaan di padang.

Kecuali kekalahan mengejutkan kepada Republik Czech bulan lalu, pasukan separuh akhir Piala Dunia itu membuktikan mereka masih pasukan pilihan untuk menjuarai kejohanan utama buat kali pertama dalam tempoh 54 tahun musim panas ini.

Sterling menjaringkan lapan daripada 26 gol pasukannya dalam enam perlawanan yang menyaksikannya muncul sebagai antara pemain terbaik dunia untuk kelab dan negaranya sejak gagal menemui sentuhan pada Piala Dunia 18 bulan lalu.

Dia juga dilihat sebagai tokoh pemimpin ketika England tampil menentang ejekan perkauman dialami sejumlah pemain di Montenegro dan Bulgaria.

Satu daripada kekuatan Southgate sejak mengambil alih pasukan tiga tahun lalu adalah memupuk penyatuan dalam kem, tidak lagi terikat dengan hubungan rakan sekelab yang selama ini menjejaskan peluang England yang dibarisi pemain berbakat.

Prinsip itu bagaimanapun menerima ujian terbesar apabila permusuhan di antara Liverpool dan City terbawa-bawa ke luar padang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 November 2019 @ 11:22 AM