HJULMAND memakai gelang khas sebagai penghormatan kepada Eriksen. FOTO AFP
HJULMAND memakai gelang khas sebagai penghormatan kepada Eriksen. FOTO AFP
Agensi

Amsterdam: Pengendali Denmark, Hjulmand memberi penghormatan kepada Christian Eriksen yang disifatkan sebagai 'inspirasi hebat' dengan memakai gelang khas sebagai penghormatan kepada pemain tengah itu selepas berjaya membawa pasukan itu ke saingan 16 terakhir Euro 2020.

Hanya sembilan hari selepas Eriksen mengalami serangan jantung di Stadium Parken Copenhagen, Denmark kembali untuk mara ke pusingan kalah mati dengan kemenangan penuh penuh dramatik 4-1 menewaskan Russia.

Penyokong Denmark menyambut kemenangan dengan penuh gembira selepas menempuh detik sukar pada perlawanan pembukaan yang penuh trauma, menyaksikan Christian Eriksen rebah di tengah padang.

Jaringan Mikkel Damsgaard, Yussuf Poulsen, Andreas Christensen dan Joakim Maehle memberikan Denmark kemenangan pertama dalam kempen kali ini di Stadium Parken di sini.

Mereka akan berdepan dengan naib juara Kumpulan A Wales untuk memastikan tempat ke suku akhir di Johan Cruyff Arena Sabtu ini.

"Saya tidak pernah memakai barang kemas dalam hidup saya. Ini adalah kali pertama saya memakai barang kemas. Ada sedikit bola sepak di sini dan Christian ada di sini bersama saya," kata Hjulmand sambil menunjukkan gelang nipis di pergelangan tangan kanannya.

"Dia sentiasa bersama saya. Saya banyak memikirkannya - seperti apa yang sering katakan - dia nadi pasukan kami dan kami berjuang demi dia hari ini.

"Dia adalah inspirasi terhebat kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Jun 2021 @ 1:04 PM