TRUMP
TRUMP
AFP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump dilaporkan melabur pada iklan media sosial untuk kempen pilihan raya 2020, tetapi bakal menerima serangan digital besar-besaran.

Pesaingnya kini giat dengan mengelurkan jutaan dolar untuk menghalang Trump mendominasi web, walaupun peraturan di platform utama berubah-ubah.

Trump membelanjakan lebih AS$30 juta (RM124 juta) di Facebook dan Google sejak Mei 2018.

Harga di medan perang digital dijangka lebih mahal untuk calon dan didakwa penting untuk prospek mereka.

“Saya percaya pilihan raya 2020 akan diperjuangkan secara dalam talian. Internet dan kebangkitan pengguna media sosial rakyat Amerika mengubah dasar bagaimana kempen dijalankan dan bagaimana mereka menang atau kalah.

“Acronym dan jawatankuasa aksi politiknya akan mengiklankan di rangkaian sosial malah perkhidmatan penstriman media seperti Hulu dan Spotify, bertujuan memberitahu pengundi Trump mengenai janji tak ditunai dan rasuah,” kata Tara McGowan, pengasas kumpulan Acronym yang berjanji membelanjakan AS$75 juta (RM311 juta) ke atas iklan digital untuk menghalang Trump.

Mantan bekas datuk bandar New York, Michael Bloomberg menjanjikan AS$100 juta (RM415 juta) untuk iklan digital.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 1:41 PM