MUAMBA pernah menghadapi situasi sama ketika aksi Piala FA 2012. FOTO Agensi
MUAMBA pernah menghadapi situasi sama ketika aksi Piala FA 2012. FOTO Agensi
AFP

London: Fabrice Muamba mengakui melihat Christian Eriksen menerima rawatan kecemasan di Euro 2020 mengimbau semula kenangan penuh emosi selepas beliau pernah berdepan serangan jantung ketika beraksi.

Eriksen menerima bantuan pernafasan tatkala rakan sepasukannya mengelilingi untuk membuat hadangan agar pemain berkenaan tidak dapat dilihat oleh 16,000 penonton di Copenhagen awal pagi tadi.

Finland mencatat kemenangan 1-0 hasil tandukan Joel Pohjanpalo dalam penampilan pertama di Euro namun insiden yang berlaku ke atas Eriksen lebih mencuri tumpuan.

Muamba, bekas pemain tengah Bolton yang rebah selepas mengalami serangan jantung ketika aksi Piala FA 2012 disiarkan secara langsung menulis 'Please God' di Twitter selepas Eriksen rebah di tepi garisan pada perlawanan di Copenhagen itu.

"Melihatnya dari jarak sedemikian dan tidak tahu apa akan berlaku adalah sangat menakutkan.

"Pujian harus diberikan kepada staf perubatan selepas mereka masuk dann melakukan tugas dengan cemerlang ke atas Christian," kata Muamba.

Muamba juga kagum melihat rakan sepasukan Eriksen mengelilinginya 'untuk melindungi situasi itu daripada ditonton'.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Jun 2021 @ 7:08 PM