Pemain Denmark, Christian Eriksen berada dalam keadaan stabil di hospital. FOTO AFP
Pemain Denmark, Christian Eriksen berada dalam keadaan stabil di hospital. FOTO AFP
AFP

Copenhagen: Bintang Denmark, Christian Eriksen yang mengalami serangan jantung ketika perlawanan pembukaan Euro 2020 bagi negaranya minggu lalu akan dibekalkan alat bantuan jantung umum Kesatuan Bolasepak Denmark (DBU) hari ini.

Pemain tengah Inter Milan itu tiba-tiba rebah dan memerlukan bantuan CPR ketika perlawanan Denmark menentang Finland di Copenhagen seterusnya memerlukannya menjalani rawatan di hospital.

"Selepas Christian menjalani pelbagai pemeriksaan jantung keputusan telah dibuat bahawa dia perlu dilengkapi alat bantuan jantung (ICD)," menurut badan induk bola sepak Denmark dalam satu kenyataan di Twitter.

"Alat ini sangat diperlukan selepas berlaku serangan jantung," tambahnya.

DBU tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai masa depan pemain Inter Milan berusia 29 tahun itu.

Eriksen "bersetuju dengan penyelesaian" itu dan ia juga "disahkan oleh pakar kebangsaan dan antarabangsa yang menyarankan rawatan yang sama," kata DBU.

Sebelum ini pemain Belanda, Daley Blind, dapat meneruskan kariernya selepas mula serasi dengan alat berkenaan, yang berjaya menstabilkan dan mengawal degupan jantung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 7:17 PM