BUSQUETS akan bersama Messi di Inter Miami. -FOTO Reuters
BUSQUETS akan bersama Messi di Inter Miami. -FOTO Reuters
AFP

Miami: Inter Miami mengumumkan bahawa mereka menandatangani bekas pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Sergio Busquets untuk bekerjasama dengan Lionel Messi di kelab Major League Soccer itu.

Messi berkata awal bulan ini dia berpindah ke Miami dan kini akan bersatu semula dengan bekas rakan sepasukannya di Barca, Busquets.

Inter Miami dalam tweet mereka memaklumkan ketibaan pemain itu.

"Si, Busi" catatan dalam twitter, merujuk kepada nama panggilan Busquets. Tweet itu turut termasuk petikan memuji Busquets termasuk dari bekas jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque.

Busquets pada Mei lalu berkata, bahawa dia akan meninggalkan Barcelona pada musim panas selepas kontraknya berakhir.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat 143 penampilan untuk Sepanyol sebelum mengumumkan persaraannya daripada pasukan itu pada Disember.

Busquets menjadi sebahagian daripada Barcelona ketika pasukan itu mencipta kejayaan dalam tempoh 15 tahun yang lalu, termasuk sembilan kejuaraan liga Sepanyol dan tiga kemenangan Liga Juara-Juara.

Busquets memainkan peranan di belakang Andres Iniesta dan Xavi Hernandez, melengkapkan trio di bahagian tengah dan ketiga-tiga mereka juga memenangi Piala Dunia bersama Sepanyol pada 2010.

Pemilik Inter Miami, Jorge Mas berkata minggu ini bahawa kelab itu akan mendapatkan antara tiga hingga lima pemain baharu untuk menyertai Messi.

"Kami akan membuat pembelian tambahan semasa jendela musim panas, lebih daripada jangkaan orang ramai... Saya boleh katakan kami berpotensi membuat antara tiga dan lima pemain."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Jun 2023 @ 7:47 AM