ZIDANE meletak jawatan kali kedua selaku pengurus Real. FOTO AFP
ZIDANE meletak jawatan kali kedua selaku pengurus Real. FOTO AFP
AFP

Madrid: Zinedine Zidane meletak jawatan selaku pengurus Real Madrid kerana beliau merasakan kelab Sepanyol itu tidak lagi mempercayainya, demikian kandungan surat terbukanya.

"Saya berundur kerana berasakan kelab tidak lagi percaya kepada saya dan tidak menawarkan sokongan untuk membina sesuatu dalam jangka masa sederhana atau panjang," kata legenda Perancis itu dalam surat yang disiarkan di akhbar harian AS.

"Saya seorang yang dilahirkan untuk memenangi sesuatu dan saya di sini untuk memenangi trofi.

"Tetapi segala-galanya yang saya bina dalam kehidupan seharian yang membawa hubungan baik dengan pemain, sudah dilupakan.

"Saya berundur tetapi tidak pernah berhenti untuk terus menjadi jurulatih," katanya.

Real melalui musim mengecewakan apabila menamatkan saingan di kedudukan kedua La Liga di belakang jiran setempat, Atletico Madrid dan tewas kepada Chelsea di separuh akhir Liga Juara-Juara.

Ini adalah kali pertama juara Eropah sebanyak 13 kali itu gagal memenangi trofi sepanjang 11 musim.

Ia juga adalah kali kedua Zidane meletak jawatan selaku pengurus Real Madrid.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 8:03 PM