VERRATTI menunjukkan perkembangan positif sebelum Euro 2020. FOTO Agensi
VERRATTI menunjukkan perkembangan positif sebelum Euro 2020. FOTO Agensi
AFP

Cagliari: Roberto Mancini optimis Marco Verratti akan sembuh dari kecederaan lutut untuk mengambil bahagian di Euro 2020.

Bercakap sebelum aksi persahabatan menentang San Marino esok, Mancini berkata, pemain tengah Paris Saint Germain (PSG) itu semakin sembuh dari kecederaan lebam lebih cepat seperti yang dijangkakan.

"Situasi dia adalah menunjukkan banyak peningkatan dalam tempoh 15 hari," kata Mancini yang mempunyai masa sehingga 1 Jun untuk memilih senarai 26 pemain untuk kejohanan itu

PSG sebelum ini mengesahkan pemain berusia 28 tahun perlu berehat di antara empat hingga enam minggu, di mana paling teruk dia akan terlepas tiga aksi Kumpulan A menentang Turki, Switzerland dan Wales.

Selasa lalu, doktor pasukan Itali, Andrea Ferretti berkata, keadaan lutut Verratti tidak terlalu teruk dan memberi bayangan bahawa pemain itu boleh untuk disenaraikan dalam mana-mana kejohanan terdekat.

Antara pemain lain dalam skuad 33 pemain yang mengalami kecederaan lebam ialah pertahanan, Leonardo Spinazzola dan pemain tengah, Lorenzo Pellegrini dari Roma, pertahanan Lazio, Francesco Acerbi serta tonggak tengah, Inter Milan Stefano Sensi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 8:40 AM