Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO Agensi
Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez (dua kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO Agensi
AFP

Valladolid, Sepanyol: Atletico Madrid menang La Liga dan Luis Suarez memastikan kemenangan 2-1 ke atas Real Valladolid pagi ini, yang membawa pasukannya meraih satu lagi gelaran liga Sepanyol menakjubkan.

Suarez memulakan musim ini menangis selepas dipaksa keluar dari Barcelona, namun menamatkannya dengan gol ke-21 musim ini untuk memberikan Atletico kejayaan dalam liga pertama sejak 2014, kali ini mengatasi Real Madrid.

"Ia musim panas yang sukar, cara Barcelona memandang rendah saya, tidak menghargai saya," kata Suarez.

"Atletico membuka pintu yang memberikan saya peluang untuk menunjukkan saya masih boleh menjadi pemain yang bagus."

Jurulatih Diego Simeone memuji penyerang veteran berusia 34 tahun itu: "Suarez pemain yang memiliki perwatakan hebat. Dia penentang, dia penjaring gol."

Musim tanpa trofi buat Real mencetuskan lebih banyak persoalan mengenai masa depan jurulatih, Zinedine Zidane.

"Saya akan berbincang dengan kelab beberapa hari lagi, secara peribadi. Tapi bukan sekarang. Kita akan lihat dalam beberapa hari lagi," kata Zinedine.

Atletico menyedari kemenangan akan menjamin gelaran buat mereka tanpa mengira apa dilakukan Real terhadap Villarreal di laman sendiri dengan Valladolid melakukan kejutan menerusi gol awal.

Real Madrid juga ketinggalan namun Karim Benzema menyamakan kedudukan pada minit ke-87 dan Luka Modric menjaringkan gol kemenangan lewat permainan untuk keputusan 2-1 di Valdebebas, menyebabkan Atletico perlu bertahan.

Ketika wisel penamat ditiup, pemain berlari ke padang dan memeluk Suarez ketika pemburuan gelaran paling sukar dan tidak dijangka di Eropah akhirnya ditamatkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 8:21 AM