Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meraikan jaringan berdepan Barca. FOTO Agensi
Penyerang Real Madrid, Karim Benzema meraikan jaringan berdepan Barca. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Real Madrid melonjak ke puncak La Liga selepas jaringan menerusi tolakan tumit belakang kaki Karim Benzema membantu kemenangan 2-1 ke atas Barcelona dalam saingan sengit Clasico di Valdebebas, pagi ini.

Kemahiran menakjubkan Benzema dan sepakan percuma yang terkena pemain oleh Toni Kroos meletakkan Madrid di depan manakala Oscar Mingueza kembali merapatkan jurang buat Barca.

Kekalahan itu mungkin boleh menjadi penampilan terakhir Lionel Messi dalam pertembungan itu.

Kemenangan bermakna Real Madrid sama mata dengan Atletico manakala semua tiga pasukan teratas hanya dipisahkan satu mata.

Atletico pula beraksi tanpa Luis Suarez berdepan Real Betis hari ini.

Real Madrid kini memiliki kelebihan berdasarkan rekod pertemuan berdepan kedua-dua pencabar itu manakala Barcelona dan Atletico masih perlu menentang antara satu sama lain di Camp Nou.

Keputusan ditunjukkan dalam aksi dibasahi hujan dekat Stadium Alfredo di Stefano - satu daripada pertembungan paling menarik Clasicos selepas bertahun - menyaksikan kedua-dua pasukan melepaskan beberapa peluang, beberapa cubaan terkena palang dan Casemiro dibuang padang pada masa tambahan.

Pada penghujung babak perlawanan, percubaan pemain gantian Barcelona, Ilaix Moriba terkena palang gol Real Madrid.

"Kami masih boleh melakukannya," kata jurulatih Barca, Ronald Koeman.

"Kami tewas perlawanan menentang pasukan yang juga bertarung untuk gelaran liga tapi kami masih mempunyai baki lapan perlawanan dan kami akan bertarung hingga penamat."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 April 2021 @ 8:30 AM