LUCA beraksi pada perlawanan menentang Huesca di Santiago Bernabeu, Mac lalu. — FOTO AFP
LUCA beraksi pada perlawanan menentang Huesca di Santiago Bernabeu, Mac lalu. — FOTO AFP
AFP

REAL Madrid mengumumkan anak lelaki pengurus mereka, Luca Zidane menyertai kelab divisyen dua Racing Santander secara pinjaman musim depan.

Luca Zidane, penjaga gol berusia 21 tahun, adalah produk akademi remaja kelab itu di samping abangnya Enzo dan kedua-duanya dilatih bapa mereka sendiri Zinedine.

Sebaik kembali bertugas sebagai jurulatih Real Mac lalu, Zinedine memberikan Luca peluang beraksi dalam liga menentang Huesca di Santiago Bernabeu yang mana Real menang 3-2 pada penampilan keduanya dalam pasukan utama.

Luca Zidane memenangi kejohanan B-17 Eropah pada 2015 bersama Perancis.

Enzo, 24, kini pemain bertaraf ejen bebas sesudah dilepaskan kelab divisyen dua Switzerland, Lausanne-Sport awal bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 10:01 AM