MONROE jelas sekali tidak berpuas hati dengan keputusan Tuchel tidak menyenaraikan teman lelakinya. FOTO Agensi
MONROE jelas sekali tidak berpuas hati dengan keputusan Tuchel tidak menyenaraikan teman lelakinya. FOTO Agensi
Agensi

London: Tammy Abraham memberi reaksi kecewa selepas dia tidak disenaraikan dalam skuad ketika Chelsea tumpas di perlawanan akhir Piala FA tatkala dia adalah penjaring terbanyak pasukan berkenaan di kejohanan itu.

Abraham sering kali diketepikan sejak Thomas Tuchel menyertai The Blues, selepas menggantikan Frank Lampard hujung Januari.

Bagaimanapun, Abraham dilihat lebih tenang meluahkan kekecewaannya di media sosial dengan menyatakan tidak disenaraikan dalam skuad sangat menyakitkan dan umpama masih ada tugasan yang belum diselesaikan.

Dia meledak empat gol dalam saingan Piala FA musim ini, membolehkannya menyertai penjaring terbanyak yang lain seperti Kelechi Iheanacho (Leicester), Gary Madine (Blackpool), Alfie May (Cheltenham Town) dan Tom Nicholas (Crawley Town).

Setenang-tenang Abraham teman wanita, Leah Monroe dilihat lebih lantang di atas keputusan berkenaan dengan menyatakan perasaan tidak puas hati di Instagram.

"Bagaimana anda membuat keputusan dengan mengetepikan penjaring terbanyak dalam skuad perlawanan akhir.

"Pemain yang tidak menjaringkan gol langsung layak pula beraksi di kejohanan ini. Ia memang tidak masuk akal," katanya.

Tuchel meletakkan Timo Werner dalam kesebelasan utama sebelum memasukkan Kai Havertz dan Olivier Giroud untuk mengejar kedudukan selepas

Youri Tielemans meledakkan gol kemenangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 9:16 PM