KELECHI Iheanacho (tengah) menjaringkan gol pertama Leicester. FOTO AFP
KELECHI Iheanacho (tengah) menjaringkan gol pertama Leicester. FOTO AFP
AFP

London: Leicester menyingkirkan Manchester United pada saingan Piala FA selepas menewaskan Manchester United 3-1 dengan Kelechi Iheanacho meledak dua gol.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers akan bertemu Southampton pada aksi separuh akhir Piala FA buat kali pertama sejak 1982 selepas Iheanacho menjadi watak penting kepada kemenangan Leicester di Stadium King Power.

Dia meletakkan Leicester yang kali ke-100 di bawah bimbingan Rodgers di depan sebelum Mason Greenwood menyamakan kedudukan lewat babak pertama.

Youri Tielemans kembali meletakkan Leicester di depan dan Iheanacho kemudian mengesahkan kemenangan.

Leicester yang tidak pernah memenangi Piala FA dengak kali terakhir melangkah ke pentas final pada 1969, akan berkunjung ke Wembley untuk bertemu Southampton, April ini.

"Saya sangat gembira, ia adalah persembahan yang hebat. Pemain mempamerkan aksi sempurna.

"Kami menunjukkan keberanian beraksi dengan salah satu pasukan terhebat di Eropah.

"Saya beritahu pemain mereka hanya tiga perlawanan lagi untuk melakar sejarah. Sekarang kami sudah melalui dua daripadanya," kata Rodgers.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 7:27 AM