ABRAHAM (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Empoli.
ABRAHAM (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika menentang Empoli.
Agensi

Roma: Selepas meledak dua gol ketika menentang Empoli kelmarin, penyerang Roma Tammy Abraham kini muncul penjaring Inggeris terbanyak dalam satu musim Serie A.

Penyerang itu hanya menyertai skuad Stadio Olimpico pada musim panas dengan perjanjian bernilai £36 juta (RM203 juta) tetapi semakin menyinar di Itali.

Abraham menjaringkan 10 gol setakat ini, lebih daripada mana-mana pemain Inggeris lain dan akan terus mencipta rekod jika berjaya mengekalkan momentumnya.

Sejak bersatu semula dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, pemain antarabangsa England itu semakin yakin dan menunjukkan betapa ramai penyokong Blues kecewa melihat produk akademi mereka meninggalkan kelab sebelum bermula musim baharu.

Bagaimanapun, jika Abraham tidak dijual, Lukaku pula tidak dapat ditandatangani oleh Chelsea.

Perpindahannya ke Serie A membolehkan pemain berusia 24 tahun itu kerap beraksi dalam skuad England kendalian Gareth Southgate sekali gus meningkatkan peluangnya beraksi di Piala Dunia Qatar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 1:03 PM