Pemain Chelsea Fikayo Tomori (tengah) meraikan gol bersama Abraham (kanan). FOTO File Reuters
Pemain Chelsea Fikayo Tomori (tengah) meraikan gol bersama Abraham (kanan). FOTO File Reuters
Reuters

PENGURUS England Gareth Southgate menamakan penyerang muda Chelsea Tammy Abraham dan Fikayo Tomori hari ini dalam senarai skuadnya untuk kelayakan Euro 2020 bagi perlawanan berdepan Republik Czech dan Bulgaria.

Abraham berusia 22 tahun pada Rabu, menjaringkan gol pembukaan ketika kemenangan Chelsea ke atas Lille, 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara, dan belum membuat penampilan pertama saingan kompetitif buat England.

Disebalik dua penampilan bersama skuad negara pada perlawanan persahabatan dua tahun lalu, Abraham juga boleh beraksi buat Nigeria dan pernah berkata dia belum membuat keputusan mengenai masa depan untuk mewakili negara berkenaan di peringkat antarabangsa.

Tomori, 21, yang dipanggil buat pertama kali. Pemain Tottenham Hotspur, Dele Alli diketepikan daripada skuad itu, begitu juga rakan di bahagian tengah Jesse Lingard dan Alex Oxlade-Chamberlain. Tiada juga tempat buat pemain pertahanan Manchester City, Kyle Walker.

Penjaga gol : Tom Heaton (Aston Villa), Jordan Pickford (Everton), Nick Pope (Burnley)

Pertahanan : Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Ben Chilwell (Leicester), Joe Gomez (Liverpool), Michael Keane (Everton), Harry Maguire (Manchester United), Tyrone Mings (Aston Villa), Danny Rose (Tottenham), Fikayo Tomori (Chelsea) Kieran Trippier (Atletico Madrid)

Tengah : Ross Barkley (Chelsea), Fabian Delph (Everton), Jordan Henderson (Liverpool), James Maddison (Leicester), Mason Mount (Chelsea), Declan Rice (West Ham), Harry Winks (Tottenham)

Penyerang : Tammy Abraham (Chelsea) Harry Kane (Tottenham), Marcus Rashford (Manchester United), Jadon Sancho (Borussia Dortmund), Raheem Sterling (Manchester City), Callum Wilson (Bournemouth)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 Oktober 2019 @ 11:58 PM