Berlin: Robert Lewandowski menyamai rekod jaringan Gerd Mueller berusia 49 tahun ketika penyerang Bayern Munich meledak gol ke-40 Bundesliga musim ini di Freiburg, sebentar tadi.
Lewandowski pemain lelaki Terbaik Fifa 2020, menyamai rekod Mueller yang menjaringkan gol dalam lebih 34 perlawanan pada 1971/72 dengan hanya beraksi dalam 28 perlawanan musim ini berikutan kecederaan lutut bulan lalu dan penggiliran pemain dalam pasukan.