LEWANDOWSKI (kiri) turun menjalani latihan selepas berehat akibat kecederaan lutut. FOTO Agensi
LEWANDOWSKI (kiri) turun menjalani latihan selepas berehat akibat kecederaan lutut. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Penjaring terbanyak Bayern Munich, Robert Lewandowski kembali menjalani latihan selepas mengalami kecederaan lutut namun kelabnya masih belum membenarkan untuk diturunkan dalam suku akhir Liga Juara-Juara menentang Paris St Germain (PSG) awal pagi Rabu.

Bayern berkata, Lewandowski masih belum boleh beraksi di Paris tatkala penyandang juara itu perlu bangkit selepas ketinggalan 3-2 dalam aksi suku akhir pertama.

Dalam perlawanan itu penyerang PSG, Kylian Mbappe meledak dua gol di Munich minggu lalu.

Lewandowski yang berusia 32 tahun mengalami kecederaan bahagian ligamen lutut kanan ketika beraksi bersama pasukan negaranya, Poland.

Pasukan perubatan Bayern menjangkakan pemain berkenaan terpaksa berehat selama empat minggu namun hari ini dia kelihatan sudah melakukan latihan larian di Munich.

Lewandowski sudah menjaringkan 35 gol dalam saingan liga musim ini, hanya kurang lima bagi menyamai rekod Gerd Muller yang dicatatkan pada 1971/72

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 9:51 PM