PEREIRA (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
PEREIRA (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

London: Thomas Tuchel mengalami kekalahan pertama selaku pengurus Chelsea selepas West Bromwich Albion memanfaatkan kelebihan insiden kad merah yang dilayangkan kepada Thiago Silva untuk melakar kemenangan 5-2, hari ini.

Tuchel mengharungi 14 perlawanan tanpa kalah di semua pertandingan sejak menggantikan Frank Lamprad yang dipecat Januari lalu.

Namun permulaan meyakinkan akhirnya gagal dipertahankan oleh Chelsea, sebaliknya West Brom mempamerkan aksi cemerlang di Stamford Bridge.

Christian Pulisic meletakkan Chelsea di depan pada awal babak pertama sebelum Thiago menerima kad kuning kedua minit ke-27 sekali gus dibuang padang.

Ia menjadi titik tolak kebangkitan Albion apabila Matheus Pereira menjaringkan dua gol pada hujung separuh masa pertama.

Mbaye Diagne menambah gol ketiga West Brom dan Callum Robinson meledak dua gol sekali gus mengejutkan skuad bimbingan Tuchel.

Mason Mount menjaringkan gol kedua Chelsea minit ke-71 namun ia tidak memberikan sebarang makna.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 10:02 PM