Penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson bolos tiga kali ketika berdepan Jerman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar. FOTO AFP
Penjaga gol Iceland, Hannes Halldorsson bolos tiga kali ketika berdepan Jerman dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 Qatar. FOTO AFP
AFP

Duisburg, Jerman: Jerman menewaskan Iceland 3-0 untuk memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan rentak kemenangan sejurus pertunjukan sebelum perlawanan mengenai perjuangan hak asasi manusia.

Skuad Jerman berbaris sebelum perlawanan dengan memakai kemeja-T yang tertulis hak asasi manusia sehari selepas pemain Norway melakukan perkara sama dengan slogan membantah keadaan pekerja migran pembinaan di venue tuan rumah saingan final di Qatar.

"Ia adalah petanda bahawa kami berjuang untuk semua hak asasi manusia dalam dunia, tidak kira apa dan bagi nilai yang kami persembahkan," kata ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew yang sememangnya menyokong penuh usaha skuadnya.

"Ia sangat bagus dan petanda yang penting."

Ketika berada di padang dekat Duisburg skuad kendalian Joachim Loew pantas mendahului 2-0 dalam tempoh tujuh minit permainan menerusi Leon Goretzka dan Kai Havertz.

"Kita mempunyai kejohanan Piala Dunia yang akan datang dan akan ada perbincangan mengenainya... kami mahu menunjukkan kami tidak mengetepikan isu itu," kata Goretzka.

"Kami sendiri menulis surat. Kami mempunyai maklum balas yang hebat - dan kami boleh menggunakannya untuk menetapkan contoh terhadap nilai yang kami perjuangkan. Ia adalah jelas."

Ia pertama kali sejak 52 tahun skuad Jerman mendahului sangat awal dalam aksi skuad kebangsaan lelaki.

Ia adalah respon terbaik tatkala ketua jurulatih, Joachim Loew menagih aksi hebat anak buahnya selepas mengalami kekalahan memalukan 0-6 kepada Sepanyol November lalu.

Perancang tengah, Ilkay Gundogan, yang meledak 16 gol dalam 34 perlawanan buat Manchester City musim ini, meneruskan rentak menghasilkan jaringan buat negaranya dengan meledak gol pada babak kedua.

Skuad Jerman sebelum sepak dikejutkan dengan berita pemain tengah mereka Jonas Hofmann diuji positif Covid-19, tapi perlawanan dibenarkan untuk diteruskan selepas mendapat rundingan dengan pihak berkuasa tempatan.

Pemain tengah Bayern Munich yang berusia 18 tahun, Jamal Musiala beraksi pada 12 minit akhir perlawanan itu untuk melakukan penampilan pertama bersama Jerman di sebalik beraksi dua kali untuk pasukan bawah 21 tahun England pada November lalu.

Musiala, yang mempunyai dua kerakyatan, memilih untuk beraksi di peringkat senior bersama Jerman dan badan induk bola sepak dunia FIFA membenarkan pertukarannya itu.

Keputusan Kelayakan Piala Dunia

Zon Eropah:

Kumpulan B

di Solna, Sweden

Sweden 1 (Claesson 35) Georgia 0

di Granada, Sepanyol

Spain 1 (Morata 33) Greece 1 (Bakasetas 57-pen)

Kumpulan C

di Sofia

Bulgaria 1 (Despodov 46) Switzerland 3 (Embolo 7, Seferovic 10, Zuber 12)

di Parma, Itali

Itali 2 (Berardi 14, Immobile 39) Northern Ireland 0

Kumpulan F

di Tel Aviv, Israel

Israel 0 Denmark 2 (Braithwaite 13, Wind 67)

di Chisinau

Moldova 1 (Nicolaescu 9) Kepulauan Faroe 1 (M. Olsen 83)

di Glasgow, Scotland

Scotland 2 (Hanley 71, McGinn 85) Austria 2 (Kalajdzic 55, 80)

Kumpulan I

di Andorra la Vella

Andorra 0 Albania 1 (Lenjani 41)

di Budapest

Hungary 3 (Sallai 6, Szalai 53, Orban 78) Poland 3 (Piatek 60, Jozwiak 61, Lewandowski 83)

di London

England 5 (Ward-Prowse 14, Calvert-Lewin 21, 53, Sterling 31, Watkins 83) San Marino 0

Kumpulan J

di Duisburg, Germany

Germany 3 (Goretzka 3, Havertz 7, Gundogan 56) Iceland 0

di Ploiesti, Romania

Romania 3 (Tanase 28, Mihaila 50, Hagi 86) Macedonia Utara 2 (Ademi 82, Trajkovski 83)

di Vaduz

Liechtenstein 0 Armenia 1 (Frommelt 83-gs)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 6:54 AM