BENZEMA meraikan jaringannya. FOTO AFP
BENZEMA meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

Madrid: Atletico Madrid terlepas peluang untuk menjejaskan peluang Real Madrid merebut kejuaraan La Liga selepas gol penyamaan Karim Benzema pada lewat permainan menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1.

Gol Luis Suarez pada awal separuh masa pertama dilihat mencukupi untuk Atletico meraih kemenangan yang membolehkan mereka selesa dengan kelebihan lapan mata berbanding Real dengan kurang satu perlawanan.

Bagaimanapun peluang mereka terjejas selepas Benzema menjaringkan gol minit ke-88 untuk membolehkan Real Madrid meraih keputusan seri dan memastikan kekal bersaing merebut kejuaraan liga.

"Mereka menguasai separuh masa pertama dan kami pula menguasai babak kedua. Keputusan seri adalah adil untuk kedua-duanya.

"Musim masih panjang dan kami akan terus bersaing sehingga tamat saingan," kata jurulatih Real, Zinedine Zidane.

Hakikatnya barisan pemain Real nyata berpuas hati dengan keputusan seri itu berbanding mengalami kekalahan.

"Ia bergantung kepada bagaimana anda menilai perlawanan ini. Dari sudut negatif adalah gol penyamaan lawan pada lewat permainan.

"Untuk sudut positif pula, kami beraksi dengan sangat baik dan menguasai separuh masa pertama selain mendominasi babak kedua, " kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mac 2021 @ 10:23 AM