RONALDO (kiri) dan Neymar berkongsi tarikh lahir, hari ini. FOTO AFP
RONALDO (kiri) dan Neymar berkongsi tarikh lahir, hari ini. FOTO AFP
Agensi

London: Jika anak anda dilahirkan pada 5 Februari, segera beli peralatan bola sepak termasuk kasut bola.

Ini kerana, mereka mungkin berpeluang menjadi salah seorang bintang bola sepak dunia kerana tarikh itu yang jatuh hari ini adalah ulang tahun kelahiran sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo.

Bintang Juventus itu yang berusia 36 tahun hari ini, sudah memenangi hampir semua trofi dalam bola sepak seperti Liga Perdana, La Liga, Serie A, Liga Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan Anugerah Ballon d'Or.

Ronaldo juga dikenali dengan kehidupan mewah termasuk memiliki koleksi kereta dan rumah mewah di beberapa negara.

Seorang lagi bintang yang berkongsi tarikh lahir dengan Ronaldo adalah sensasi Brazil, Neymar.

Hari ini bintang Paris Saint Germain (PSG) itu yang juga menjalani kehidupan cukup mewah, menyambut ulang tahun kelahiran ke-29.

Bukan mereka berdua sahaja, malah hari ini juga adalah ulang tahun kelahiran bintang Argentina, Carlos Tevez yang berusia 37 tahun.

Dia yang pernah beraksi bersama Manchester City, Manchester United dan Juventus, kini beraksi bersama Boca Juniors.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Februari 2021 @ 10:35 PM