MIURA akan terus beraksi bersama Yokohama FC. FOTO Yokohama FC
MIURA akan terus beraksi bersama Yokohama FC. FOTO Yokohama FC
Agensi

Tokyo: Penjaring gol tertua dalam bola sepak profesional Jepun, Kazuyoshi Miura akan terus beraksi pada usia 54 tahun selepas melanjutkan kontraknya bersama Yokohama FC untuk tempoh semusim lagi.

Miura bakal berusia 54 tahun pada 26 Februari, sehari sebelum kempen Liga J 2021 bermula.

Bekas penyerang Jepun itu menyertai Yokohama pada 2005 dan akan beraksi pada musim ke-17 untuk kelab itu.

"Cita-cita dan minat saya untuk bola sepak semakin meningkat," katanya.

Miura memulakan karier bersama kelab Brazil, Santos pada 1986 dan muncuk pemain tertua menjaringkan gol untuk liga profesional Jepun pada 2017 ketika bertemu Thespakusatsu Gunma di usia 50 tahun dan 14 hari.

Mendapat gelaran 'King Kazu' di Jepun, Miura adalah salah seorang ahli sukan yang digemari dan menjadi ikon kepada pelancaran Liga J pada 1993.

Dia menjaringkan 55 gol sepanjang 89 perlawanan untuk Jepun dan sudah beraksi bersama kelab serie A, Genoa sebelum beraksi di Croatia dan Australia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 11:43 AM