AKSI Miura (kiri) yang masih cergas di sebalik usia semakin lanjut. FOTO Agensi
AKSI Miura (kiri) yang masih cergas di sebalik usia semakin lanjut. FOTO Agensi
Agensi

KAZUYOSHI Miura muncul pemain bola paling tua pernah beraksi di saingan profesional bagi merebut piala iaitu pada usia 53 tahun.

Bintang Jepun itu yang lahir pada 1967, memulakan kariernya pada 1982 dan kini memasuki musim ke-35 sebagai pemain profesional.

Miura menandatangani kontrak baharu di Yokohama pada Januari lalu untuk meneruskan kariernya.

Menariknya, penyerang veteran itu diturunkan dalam kesebelasan utama pada saingan merebut piala bertemu Sagan Tosu, Rabu lalu.

Miura beraksi lebih sejam sebelum digantikan ketika kedudukan seri tanpa jaringan.

Namun kelabnya, Yokohama berjaya meraih gol lewat permainan sumbangan Yuji Senuma minit ke-91 pada perlawanan peringkat kumpulan itu.

'King Kazu' memulakan karier di Club Atletico Juventus di Brazil pada 1982.

Dia kemudian berhijrah ke Santos pada 1986 dan melakukan 89 penampilan bersama skuad kebangsaan Jepun serta menyumbang 55 gol.

Kali terakhir Miura beraksi bersama Jepun adalah pada tahun 2000, namun tidak dapat meraih kap sepanjang enam penampilan bersama skuad futsal kebangsaan pada 2012.

Dia sudah beraksi bersama Yokohama selama 15 tahun, jangkamasa yang biasanya dihabiskan oleh seorang pemain di pentas profesional dan 20 tahun selepas penampilan kali pertama Miura di saingan profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 12:59 PM