Miura ledak gol pada usia 49 tahun. FOTO GETTY
Miura ledak gol pada usia 49 tahun. FOTO GETTY
BBC

Yokohama: Pemain bola sepak Jepun Kazuyoshi Miura memecahkan rekod sendiri sebagai penjaring gol tertua Liga Jepun.

Miura meledak jaringan untuk FC Yokohama selepas beraksi selama 22 minit tetapi skuadnya tewas 2-1 kepada FC Gifu dalam perlawanan divisyen dua J-League.

Dia mencapai penanda aras itu dalam usia 49 tahun tiga bulan dan 24 hari untuk memecahkan rekod dilakukannya tahun lalu.

Penyerang itu kini dalam musim ke-31 dalam bola sepak selepas menandatangani kontrak lanjutan pada November.

Miura menjaringkan 55 gol dalam 89 penampilan untuk Jepun selepas membuat penampilan pertama pada 1990 tetapi tidak pernah muncul pada Piala Dunia.

Penjaring gol tertua dalam liga utama J-League adalah bekas jurulatih Jepun yang meledak jaringan untuk Kashima Antlers ketika berusia 41 pada 1994.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Jun 2016 @ 10:36 PM